Dalam usaha
untuk memperkenalkan laluan ini kepada warga kampus, satu rekabentuk
diketengahkan untuk memelihara dan menjaga persekitaran kampus dan sekaligus
menonjolkan keunikan yang terdapat di kawasan tersebut.
Rekabentuk yang akan diketengahkan di kawasan ini berkonsepkan Jejak
Alam iaitu menghubungkan satu zon dengan zon yang lain yang
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Zon di dalam kawasan ini dibahagikan
kepada enam. Zon-zon tersebut ialah Laluan Hijau, Laman Desa, Laman
Cendikiawan, Laman Kolonial, Susur Rimba dan Sudur Timur. Nama bagi
setiap zon ini menggambarkan ciri-ciri yang terdapat di kawasan tersebut.
Rekabentuk
landskap yang akan dilaksanakan ialah menyediakan papan tanda, menggantikan
laluan pejalan kaki daripada konkrit dengan stepping stone serta menambahkan
landskap lembut di kawasan ekosistem tepubina. Penyediaan papan tanda
terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama merupakan papan tanda yang
memberikan maklumat tentang kawasan-kawasan yang akan dilalui dari
awal hingga akhir perjalanan. Papan tanda ini diletakkan di Laman Hijau
dan Sudur Timur untuk menjelaskan lagi panduan bagi warga kampus
yang ingin menggunakan laluan ini untuk menjejaki ciri alam yang unik ini.
Jenis papan tanda yang kedua memberikan maklumat tentang setiap kawasan
merangkumi jenis dan nama flora dan fauna yang terdapat disitu, kitaran
makanan dan hubungkait antara satu sama lain. Ciri-ciri unik kawasan
tersebut juga dipaparkan di kawasan ini agar lebih menarik. Papan tanda ini
diletakkan di setiap kawasan/ekosistem yang telah dikenalpasti seperti di
Laluan Hijau, Laman Desa, Laman Cendikiawan, Laman
Kolonial, Susur Rimba dan Sudur Timur.
Penggantian laluan pejalan kaki jenis konkrit kepada stepping stone
merupakan satu alternatif bagi membolehkan kawasan yang diturap diminimakan.
Disamping itu juga, stepping stone mempunyai nilai estetik yang tinggi dan
mampu menarik minat warga kampus untuk menggunakannya sebagai laluan.
Landskap lembut yang terdapat di kawan ekosistem tepubina didapati masih
tidak mencukupi. Oleh itu, penanaman pokok-pokok hiasan dan terutamanya
pokok-pokok besar perlu diberi keutamaan kerana ia mampu memberikan
peneduhan kepada pejalan kaki. Disamping itu, ia juga membantu meredupkan
dan menyejukkan suasana di sekitar kawasan tersebut.